Apabila seseorang itu meningkat umurnya, tanggungjawab dan komitmennya juga akan bertambah. Golongan dewasa yang melangkah ke alam pekerjaan akan membeli kereta pertama, rumah pertama, dan seterusnya memulakan keluarga. Keperluan golongan ini sangat berbeza dengan mereka yang menghampiri persaraan atau jika ianya seorang anak kecil. Apakah pelan insurans yang sesuai untuk seorang anak kecil, seorang dewasa yang bekerja atau seorang yang hampir bersara? Wujudkah satu polisi yang boleh melindungi semua peringkat umur? Mari rujuk panduan kami. UNTUK BAYI YANG BARU LAHIR A-Life Super Junior adalah satu pelan yang boleh memberikan perlindungan kepada seseorang anak seawal 14 hari. Pelan 20 tahun ini melindungi penjagaan kesihatan anak anda sehingga dia berusia 75 tahun. Salah satu ciri terbaik pelan ini ialah ianya akan bertukar secara automatik kepada pelan orang dewasa apabila anak anda berumur 18. Perlindungan: kematian, kehilangan upa...
Pemilihan pelan insurans perubatan yang sesuai boleh mengelirukan sesiapa yang hendak mencari insurans untuk perlindungan diri mereka. Terdapat beberapa salah faham tentang konsep insurans seperti; polisi yang termurah dan paling asas adalah cukup untuk saya. Saya tidak perlukan pelan perubatan peribadi jika saya sudah memiliki pelan perubatan dari majikan. Memiliki kad perubatan bermaksud kesemua kos perubatan saya akan dibayar. Kesemua kos perubatan saya akan dibiayai oleh kad perubatan saya. Kad perubatan saya juga akan membantu melindungi saya dalam semua isu kesihatan yang saya mungkin ada. Dengan pelbagai informasi dan pendapat serentak daripada Perancang Hayat, keluarga dan rakan-rakan, amat mudah bagi kita untuk berasa runsing dan sukar untuk membuat keputusan. Kami senaraikan lima soalan mudah untuk anda ajukan sebelum memilih pelan perlindungan perubatan. 1: APAKAH PERLINDUNGAN YANG DIBERIKAN DALAM PELAN PERUBATAN SAYA? Te...